SELAMAT DATANG KE BLOG SMK AGAMA PAHANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....SMK AGAMA PAHANG ADALAH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Kem Kepimpinan Pelajar

 

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul

 

Read more...

Majlis Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Karnival STEM



 

Read more...

Jadual Percubaan SPM 2024




 

Read more...

Tarikh-Tarikh Penting SPM 2024

 

Read more...

Visi dan Misi PPD Rompin


VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTO

Rompin Memang Di Hadapan

Read more...

Visi dan Misi KPM


VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Read more...

Visi, Misi dan Motto Sekolah

VISI 

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera 

MISI 

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk 
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara 

MOTTO 

Berilmu bertakwa

Read more...

Piagam Pelanggan

  • Berusaha memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra.
  • Berusaha melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara. 
  • Berusaha menjana individu yang cemerlang dan kuat pegangan agama. 
  • Berusaha memastikan setiap warga sekolah sentiasa berdedikasi, komited, berdisiplin dan produktif. 
  • Berusaha memastikan setiap urusan dapat dijalankan dengan cepat, cekap dan tepat. 
  • Berusaha memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif. 
  • Berusaha memastikan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan masyarakat luar. 
  • Berusaha melahirkan pelajar yang positif dan mempunyai kebolehan dalam pelbagai lapangan.

Read more...

Lagu Sekolah


SMKA Pahang berdiri gagah 
Berilmu bertaqwa gagasan indah 
Kami yakin di jalan aqidah 
Memimpin bangsa berakhlak mahmudah 
SMKA Pahang menggarap rahmat 
Berdisiplin bersatu mengangkat darjat 
Cemerlang berwawasan sepanjang hayat 
Membina bangsa kekal berdaulat 
SMKA Pahang pencetus modal insan 
Teguh perkasa harungi cabaran 
Quran dan sunah jadi pegangan 
Lengkap perkasa penggerak kemajuan

Read more...

Logo Sekolah

 



DI SEBALIK WARNA 

BIRU (HARMONIS) 
Lambang Pendidikan ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari aspek JERI.

MERAH (PERJUANGAN) 
Berhasrat melahirkan insan yang sentiasa kental, berani dan sentiasa berjihad ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum. 

KUNING (KEDAULATAN) 
Imej yang dilahirkan dijaga agar masyarakat menghormati anak-anak didik SMKAP dan menghormati masyarakat yang sentiasa memberi sumbangan. 

EMAS ( BERHARGA) 
Insan yang dilahirkan oleh SMKAP ini sentiasa diperlukan dalam mencorakkan kecemerlangan negara

HIJAU (MENGHAYATI ISLAM) 
Pelajar SMKAP sentiasa menghayati Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, sahsiah dan berwawasan sebagai hamba ALLAH SWT. 

HITAM (CEKAL) 
Sentiasa cekal dalam menerapkan dan menghayati budaya ilm

Read more...

Sejarah SMK Agama Pahang

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang terletak dalam daerah Rompin, di Bandar Muadzam Shah diatas tanah seluas 14 hektar. Mula menerima pelajar pada 26 Februari 1996. Kumpulan pertama pelajar yang mendaftar pada hari tersebut ialah seramai 133 orang. Manakala bilangan tenaga pengajar pula seramai 13 orang. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang adalah SMKA kedua di negeri Pahang selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut Pahang dan merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang ke 46 di Malaysia. 


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang terletak di Bandar Muadzam Shah iaitu laluan jalan raya Kuantan- Segamat kira-kira 70 km ke barat bandar Kuala Rompin.Mula ditubuhkan pada 1995. Di bawah pentadbiran pengetua Puan Hamimah Abd. Rani, sekolah ini menawarkan aliran sains, perdagangan dan agama. 

Pelajar yang masuk adalah dipilih khas oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan pemohon perlu berurusan dengan JPNP. SMKAP menawarkan tempat dari tingkatan satu sehinggalah ke tingkatan enam. 

Pembelajaran di SMKAP sama sahaja dengan sekolah lain; meliputi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, cuma beberapa subjek tambahan seperti Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab. Untuk perhatian bagi pelajar SPM akan mengambil 12 mata pelajaran manakala pelajar PMR sebanyak 10 mata pelajaran. Malah pelajar boleh memilih jurusan perakaunan bagi tingkatan 4-5 sekiranya berminat. 

Namun begitu, di SMKAP, pelajar tingkatan enam hanya ditawarkan aliran agama sahaja.Di antara kelebihan belajar di SMKAP ialah penekanan terhadap cara hidup Islam, solat jemaah, ceramah, kuliah maghrib, pengajaran kemahiran Al-Quran, kelas tajwid dan lain-lain kemudahan sama seperti di sekolah berasrama penuh. 

Bermula pada tahun 2006, SMKAP dinaiktarafkan sebagai sebuah daripada sekolah bestari di Malaysia menurut perancangan fasa ketiga pembangunan sekolah bestari Kementerian Pelajaran Malaysia.

SMKAP telah diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pada tahun 2014.

Read more...

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP